Testimoni

Testimoni GeniusXtra GXTRA


Sangat berpuas hati dengan penggunaan produk Aftl Technology
Puan Ayu, Kampung Teluk Kepayang, Teluk Intan
Saya Ayu dari kampung Teluk Kepayang, Teluk Intan seorang suri rumah, ingin berkongsi dengan pengguna bahawa anak lelaki saya yang belajar di tahun 5 lebih berminat untuk belajar. Keputusan peperiksaan juga semakin meningkat. Begitu juga dengan anak kedua saya yang belajar di tahun 1, prestasi pelajarannya juga semakin meningkat. Sebelum ini prestasi pelajaran anak saya kurang memuaskan. Selain itu juga, saya semakin senang untuk menguruskan anak bongsu saya yang berumur 4 tahun. Terima kasih saya ucapkan kepada AFTL Technology. Saya amat berpuas hati dengan penggunaan GeniusXtra dan Aura Corrector. Saya tidak akan beralih kepada produk lain. Terima kasih.


Stress dan sikap malas hilang!!!
Noor Hidayah Binti Mohd Nizam, Teluk Intan, Perak
Saya amat berterima kasih kepada AFTL. Sejak menggunakan GeniusXtra dan Auracorrector banyak perubahan berlaku pada diri saya. Sebelum ini saya amat stress dan malas untuk mengulangkaji pelajaran dan prestasi pelajaran juga semakin merosot. Selepas menggunakan produk-produk ini, saya semakin berminat untuk belajar dan stress juga tiada lagi. Hilang perasaan malas dan prestasi pelajaran juga semakin meningkat terutama di dalam subjek matematik dan sains. Saya juga berasa lebih ceria dan tenang.






Kejayaan Luar Biasa & Konsisten
Puan Sapari Binti Daud, Kuantan, Pahang
Syazwani Husna, anak perempuan tunggal sya merupakan pelajar Tahun 2 di Sek. Keb. Indera Mahkota. Beliau mula mengamalkan GeniusXtra sejak berumur 6 tahun. Hasilnya amat memberangsangkan dimana anak saya bukan sahaja cemerlang dalam aspek kurikulum dan ko-kurikulum malahan beliau juga cemerlang dari aspek sahsiah diri serta komunikasi. Buktinya, beliau konsisten mengekalkan kedudukan no 1 keseluruhan bagi setiap peperiksaan yang di adakan sejak Tahun 1 sehingga sekarang.
Teman-teman saya juga amat teruja dengan pencapaian beliau dan secara tidak langsung saya dapat memperkenalkan GeniusXtra kepada mereka. Syukur ke hadrat illahi dan saya amat berterima kasih kepda produk ini kerana banyak membantu dari segi perkembangan minda dan sahsiah anak saya.


Keputusan Peperiksaan Anak Naik Mendadak
Puan Salmiah Mohd Adli, Klang, Selangor
Saya ibu kepada Muhammad Asri pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang sangat teruja dengan perkembangan akademik anak saya di sekolah. Pada peperiksaan pertengahan tahun anak saya hanya memperoleh gred C dan D untuk subjek yang diambil. Tetapi, pada peperiksaan akhir tahun beliau memperoleh gred 4A dan 1B untuk kesemua subjek yang diambil. Saya sangat yakin perkembangan ini adalah hasil daripada pemakanan produk GeniusXtra yang di ambil oleh anak saya. Teknologi ini seharusnya di cuba untuk manfaat kita bersama. Terima kasih AFTL.

 

Produk AFTL merangsang kehidupan berkeluarga

Faridah Bt Mat Isa, Sungai Petani,Kedah
Pada Pertengahan Oktober 2009, saya mula diperkenalkan dengan produk GeniusXtra. Saya mula memberikannya kepada anak lelaki saya yang ketika itu baru berusia 7 tahun. Alhamdulillah jelas perubahan pada dirinya, tapi pada ketika itu masih terasa ada lagi ruang-ruang yang perlu diisi. Persoalan timbul kenapa ketika anak sudah jauh berubah dan suami saya masih terus dengan sikap dan perangai lamanya (bebal, cepat marah, naik angin) dimana kami, saya dan anak kesayangan kami menjadi mangsa.
Sebulan selepas itu, saya mengajak suami mengikuti kursus, rasa berat hati juga untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh AFTL Technology di mana ia dikenakan bayaran tapi saya paksa juga diri bagi menghadiri kursus tersebut beberapa kali sepanjang awal tahun 2010. Kami diajar teknik-teknik penggunaan produk-produk tersebut. KINI, APA YANG DIBAYAR CUKUP BERBALOI. Mula terfikir di hati kecil saya kenapa anak saja yang perlu berubah, kenapa tidak saya dan suami mesti turut berubah? Lantaran itu kami sekeluarga menggunakan produk AFTL (Aura Nursalama, Aura Corrector dan lain-lainnya) setiap hari dan perubahan nampak makin nyata dan jelas bukan sahaja anak, tapi seisi keluarga turut sama berubah.
Sebelumnya, saya dan anak sering terlena dalam kerinduan terhadap ayah dan suami yang setiap malam tiada di rumah, sering berada di kedai-kedai kopi berbual kosong bersama kawan-kawannya sehingga larut malam. Kini semua sudah berakhir, setiap malam suami akan membelai dan memeluk anak kecil hingga terlena dan paginya apabila bangun sekali lagi dia terus memeluk dan membelai anak kecil kami serta menyuapkan dua biji GeniusXtra dan berdoa pada Allah S.W.T bagi meransang pergerakan dia ke sekolah. Jelas apa yang telah kami lakukan ini telah dirahmati olehNYA dalam hidup berkeluarga. Tiada lagi (bebal, cepat marah, naik angin) oleh suami tercinta.
Kita mahu anak berubah tapi bagaimana dengan kita sebagai ibubapanya?. Tanyalah diri kita sendiri berubahkah kita? Keberkesanan penggunaan produk AFTL jelas terasa bila saya dan seluruh keluarga semakin harmoni berkat rahmat dariNYA yang melimpah ruah dan cukup membahagiakan. Rupanyan ada sesuatu pada produk AFTL yang tidak terdapat dalam produk lain, berbeza cukup berbeza! Maha suci ALLAH yang mengizinkannya.


Anak yang degil berubah kepada mendengar kata

Puan Sakinah, Sek.Men Tikam Batu, Sungai Petani,Kedah
Saya diperkenalkan GeniusXtra oleh Puan Che Puteh, diberitahu mengenai kelebihan produk ini. Saya terus mengambil 5 botol untuk diberikan kepada anak-anak saya. Pada awalnya saya hanya mencuba kepada 2 anak lelaki saya yang agak lemah dalam pelajaran. Saya amat teruja kerana hanya dalam tempoh yang singkat, kurang sebulan sudah menunjukkan perubahan terutama pada anak lelaki saya yang berumur 8 tahun. Sikapnya berubah dari seorang yang agak degil kepada yang mendengar kata.
Sebelumnya mengambil GeniusXtra, setiap kali pulang dari sekolah saya perlu memeriksa dan menyuruhnya untuk menyiapkan kerja sekolah, tapi sekarang tidak lagi.Dia sendiri akan melakukannya dan menunjukkan sikap yang rajin. Saya sangat gembira. Dia juga mudah belajar dan membaca Al-Quran, pembelajarannya menjadi mudah dan cepat mengingati apa yang dibaca. Anak saya yang berumur 13 tahun juga menunjukkan peningkatan. Kebiasaanya mendapat nombor 10 ke atas di dalam kelas, tetapi pada peperiksaan penggal baru-baru ini, anak saya mendapat no. 5 di dalam kelas pelajar cemerlang. Alhamdulillah……


Produk GeniusXtra sangat berkesan!

Adzlina Ibrahim, Kuala Lumpur, Eksekutif HSBC Bank, Petaling Jaya
GeniusXtra memang ada keberkesanan. Selepas pengambilan 1 bulan lebih anak-anak saya menunjukkan peningkatan yang lebih cemerlang. Anak saya yang berada di tingkatan 5 mendapat semua A dalam semua subjek di dalam peperiksaan penggal 2011, termasuk Matematik Tambahan yang sebelum ni biasa sahaja. Begitu juga yang di tingkatan 3, semua subjek menunjukkan peningkatan. Alhamdulillah kerana di perkenalkan dgn produk GeniusXtra. Kini saya adalah antara pelanggan tetap. Sesiapa yang ingin mencuba...silakan kerana memang ada kesan.

Si kecil semakin rajin belajar dan pencapaian akademik meningkat!

Puan Tengku Putri Erma Khadija Bt Tengku Muhamamed Muhudin, Suri rumah, Klang, Selangor
Setelah menggunakan GeniusXtra alam tempoh hanya sebulan lebih, perubahan telah berlaku pada anak saya. Pulang sahaja dari sekolah, tanpa perlu disuruh dia dengan sendirinya akan menyiapkan kerja sekolah dan rajin belajar. Guru kelas anak saya memuji peningkatan pencapaian anak di dalam kelas, diberitahu anak saya mudah faham apa yg diajar disekolah, berbanding sebelumnya. Kini saya merupakan pelanggan tetap geniusxtra dan insyaAllah akan terus memberikannya kepada anak-anak saya.




Bacaan Al-Quran anak semakin lancar

Wan Fadzilah Bt Wan Salim, Guru, Melaka
Saya telah memberikan anak-anak saya makan GeniusXtra sejak 2 bulan yang lepas, hasilnya amat memberangsangkan.Anak yang sulung makan 3 biji pagi, 3 biji malam. Prestasinya amat memberangsangkan. Bacaan al-qurannya semakin lancar dan mendapat pujian dari ustaz di sekolahnya, anak yang bongsu berusia 3 tahun lebih. Saya memberinya makan 2 biji sehari dan sekarang sudah boleh membaca surah al-fatihah & ayat-ayat lazim serta sudah boleh membaca sukukata. Anak yang no.3 makan sekali-sekala saja berubah menjadi anak yang menurut kata, dahulu memang agak agresif. Alhamdulilah. Saya akan terus memberi anak saya makan produk ini sebagai makanan tambahan.


Anak- anak sudah mula rajin solat dan semakin cerdik!
Puan Norizan Bt Abd Hamid, Suri Rumah, Port Klang, Selangor
Saya sudah mengambil produk ini lebih kurang dlm 3 bulan lepas dan sekarang sudah masuk botol yg ke 5. Anak pertama yang berumur 14 tahun (kadang- kadang makan kalau lupa tidak makan) sudah mula rajin solat 5 waktu berbeza dengan sebelumnya. Anak kedua yang berumur 12 tahun (tidak pernah lupa makan) sudah nampak peningkatannya dalam pelajaran. Anak ketiga berumur 6 tahun (tidak pernah lupa makan) walaupun tidak masuk tadika awal, tetapi sudah boleh membaca buku dan iqra. Anak ke empat yang berumur 1 thun 3 bulan (seminggu sekali bagi makan) Alhamdulillah sudah boleh faham apa yang di suruh dan nampak semakin cerdik.


Produk Gxtra sangat berbeza dengan produk minda yang lain!
Puan Che Puteh, Klang Lama
Sememangnya produk Gxtra ini sangat berbeza dengan produk minda yang lain. Saya mula tertarik setelah membaca maklumat Gxtra di internet pada November 2010, lalu timbul keinginan untuk mencuba, memandangkan saya seorang ibu kepada anak-anak saya sudah pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Saya terus membuat belian 5 botol. Saya memberi anak-anak saya makan mengikut kaedah pemakanan yang disarankan.
Dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, ia sudah menampakkan perubahan kepada anak-anak saya. Anak lelaki saya yang berumur 4 tahun yang sebelumnya degil dan tidak mendengar kata sudah berubah ke arah yang lebih positif. Dia juga mudah belajar dan cepat mengingati apa yang diajar. Walaupun baru berumur 4 tahun,tetapi anak saya menunjukkan minat untuk belajar dan menyiapkan kerja-kerja sekolah taskanya. Anak perempuan saya yang berumur 2 tahun petah semakin bercakap dan mudah faham apa yang di ajar.
Perubahan positif yang ditunjukkan anak-anak saya, menyebabkan rasa keinginan untuk saya berkongsi dengan masyarakat sekeliling. Kini saya telah menjadi Pengedar Platinum Gxtra dan bergerak secara aktif bersama syarikat AFTL. Tujuan untuk berkongsi dan menyebarkan kebaikan Gxtra dengan masyarakat sekeliling, disamping mengukuhkan ekonomi keluarga. Kepada yang mempunyai masalah kehidupan dan anak-anak, insyaAllah dgn izin Allah Gxtra dapat membantu.

Semakin fokus untuk belajar dan sikap pemarah tiada lagi…
Aiman Suhailah Binti Saifuddin
Anak saya, Aiman Suhailah,16 tahun, anak bongsu, pelajar Tingkatan 4 di sekolah berasrama, juga mengamalkan GeniusXtra dengan cara yang sama. Walaupun beliau boleh dikatakan cemerlang di dalam pelajaran tetapi adakala agak stress dengan masa belajar yang terlalu banyak dan aktiviti-aktiviti sekolah yang beliau hadapi. Mungkin disebabkan keadaan ini menjadikan beliau seorang yang mudah merajuk, sensitif dan mudah marah serta susah untuk melafazkan perkataan maaf jika melakukan kesalahan atau meninggikan suara pada saya, kecuali semasa musim peperiksaan.
Tetapi dalam tempoh yang sama mengambil GeniusXtra ,beliau lebih fokus, mudah memahami pelajaran yang diajar guru. Sikapnya lebih ceria serta mudah meminta maaf jika ia melakukan kesalahan atau bila beliau rasa pertuturannya akan mengecilkan hati saya. Saya amat terharu diatas perubahan sahsiahnya kerana sebagai ibu saya sentiasa mendoakan beliau menjadi anak yang solehah, beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin.
Sehingga hari ini, inilah sahaja pengalaman yang dapat saya berkongsi bersama kebaikan mengamalkan pengambilan produk GeniusXtra keluaran AFTL Technology Sdn Bhd.Dengan rasa syukur saya memuji kebesaran Allah yang dapat memecah kebuntuan yang saya hadapi selama ini.
Sebagai penghargaan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Dr. Mohd Yusoff Bin Hussin dan isteri Pn Hjh Salmah Hamsah diatas usaha beliau menghasilkan produk yang memberi kesan yang baik dalam masa yang singkat serta kerjasama mereka dalam menjana ekonomi kami sekeluarga.

Nurul Syafiqah - Akademik Meningkat, Kokurikulum Cemerlang
Pn Norhizan bt. Hamzah, Ibu Nurul Shyafiqah bt. Abu Hassan Shari, pelajar Tahun 6 SK Sg. Batu, Perak
Anak saya, Nurul Syafiqah bt. Abu Hassan Shari, pelajar Tahun 6 SK Sg. Batu, sebelum ini mempunyai pencapaian yang sederhana, C & D. Sejak mengamalkan pemakanan GeniusXtra, anak saya kini lebih berminat belajar, keputusan meningkat setiap kali ujian. Keputusannya yang terbaru berubah kepada 3A & 2B selepas 4 bulan pemakanan.
Keyakinan diri bertambah, minat belajar & mudah faham serta sentiasa ingin mengikuti kelas tambahan anjuran sekolah. Dari segi sahsiah, solatnya tak pernah tinggal & yang AMAT mengembirakan, langsung tak pernah disuruh!
Begitu juga dengan ulangkaji pelajaran & kerja- kerja rumah. Dari segi kokurikulum beliau telah menjadi Johan Pertandingan Pencak Silat Peringkat Negeri Perak & yang terbaru Naib Johan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan.

Hilang Nakalnya, Akademiknya pula Meningkat
Husri, Pelajar Tahun 6C, SK. Sg. Batu, Perak
Husri merupakan seorang murid yang lemah dalam pelajaran dan agak “nakal” perangainya. Kini setelah diperkenalkan dengan GeniusXtra dan mengamalkan pemakanannya, pencapaian beliau dalam peperiksaan semakin meningkat.
Malah wajahnya pula kini tampak lebih berseri-seri dan lebih ceria, mencerminkan ketenangan jiwanya.




Tugas mengurus anak makin mudah
Pn. Siti Noorliyana, Kota Bharu, Kelantan
Setelah 4 hari mengamalkan GeniusXtra dengan cara melarutkan 21 biji GeniusXtra selama 8 jam dengan 1.5 liter air mineral selama 3 hari berturut, saya dapati diri amat bertenaga, walaupun baru 3 bulan melahirkan anak.
Fikiran menjadi tenang dan saya lebih ceria. Begitu juga anak saya berumur 8 tahun mudah bangun pagi dan semakin rajin ke sekolah, walaupun dahulu sebaliknya. Bagi saya GeniusXtra meringankan tugas dan mengurus anak lebih mudah.

Sahsiah Terserlah, Penghafalan Al-Quran Semakin Mudah
Ustaz Ghazali, Guru & Mudir, Madrasah Tahfiz Darul Islah, Kelantan
Sejak mengamalkan GeniusXtra selama sebulan, pelbagai perkara menarik ingin saya kongsi, baik diri saya, anak-anak, juga pelajar-pelajar di Madrasah. Apa yang paling ketara migrin saya hilang, lebih bertenaga dan bersemangat, begitu juga ketika berpuasa.
Untuk anak-anak & pelajar-pelajar, mereka lebih ceria, KENAKALAN makin berkurangan, manakala PENGHAFALAN Al-Quran semakin tajam ingatannya. Saya bersyukur dgn kebesaran Allah SWT dengan penemuan produk ini.



Hidup Lebih Bermakna, Sikap-sikap Negatif Diri Berubah
Pn. Noorsiah Yusoff, Sri Manjung, Perak
Saya seorang pesara berusia 52 tahun. Dikalangan umum yang mengenali saya, akan mengatakan, saya berperwatakan periang dan berani. Namun sebagai insan biasa ada kelemahan diri seperti, rasa rendah diri, mudah tersinggung, tiada keyakinan, mudah bersedih, terutamanya setelah di ditimpa musibah.
Pelbagai cara telah saya cuba bagi mengatasi kelemahan diri, yang tak pernah kenal erti putus asa. Alhamdulillah saya amat yakin dengan firman Allah, “Barangsiapa Yang Bersungguh-sungguh Pasti Akan Berjaya”.


Berjaya mendapat 8A
Saiful Ammar, Pelajar UTHM, Batu Pahat, Johor
Saiful Ammar memang seorang yang agak pintar sejak kecil. Dahulu ketika berumur 12 tahun beliau berjaya mendapat 5A untuk peperiksaan UPSR. Tetapi ketika beliau sudah memasuki sekolah menengah, akibat terpaksa berpindah sekolah, beliau menghadapi "kejutan budaya" dan prestasi akademiknya mula menurun.
Keputusan peperiksaan akhir tahun sebelum PMR agak teruk. Menyedari itu, walaupun sibuk dengan kerjaya, kedua ibu bapa beliau turut membantu dengan menggalakkan beliau menggunakan produk-produk AFTL. Dua minggu sebelum peperiksaan PMR peningkatan besar dalam pelajarannya dapat dilihat. Keputusannya, beliau berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR tersebut. Kini beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran di UTHM.

Dan banyak lagi testimoni...........

Boleh juga rujuk www.mindagxtra.com